Jumaat, 9 Ogos 2013


ASAL USUL FELDA
 
 Pada tahun 1956 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) telah ditubuhkan. Kini  ia  lebih dikenali  sebagai FELDA, iaitu Federal Land Development Authority.

FELDA merupakan sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.Tanah rancangan FELDA yang pertama dibuka pada tahun 1958, iaitu di Lembah Bilut, Bentong, Pahang, dengan peneroka seramai kira-kira 400 orang. Mereka yang mula-mula menjadi peneroka adalah benar-benar peneroka, yang membuka hutan untuk menanam getah.
Mereka melakukan semua jenis dan peringkat kerja, dari menebang menebas hutan hingga menanam dan menoreh, dengan menggunakan tenaga empat kerat sendiri. Mula-mula mereka tinggal di rumah panjang secara membujang. Hanya setelahmereka mendirikan rumah sendiri barulah keluarga mereka dibawa bersama.

Pada tahun 1960 diluluskan Group Settlement Act, untuk menyelaras semua rancangan kemajuan berkelompok, termasuk FELDA, FELCRA dan Tanah Pinggir.

Tujuan utama rancangan FELDA dan rancangan-rancangan kemajuan tanah yang lain, sebagaimana yang diumumkan oleh pelopornya Razak Hussein, ialah untuk mengatasi kemiskinan, khususnya di kalangan masyarakat desa.

Pada ketika itu lebih 60% rakyat desa, kebanyakannya petani kecil, hidup dalam kemiskinan. Menghapus  kemiskinan merupakan tujuan ekonomi.

Akan tetapi, di sebaliknya tersirat juga tujuan politik, iaitu untuk memastikan sokongan dari kalangan rakyat ramai kepada Kerajaan. Agenda yang tidak dinyatakan ialah ia juga merupakan salah satu projek untuk mengatasi cabaran dari parti-parti lawan, termasuk PAS, Fron Sosialis dan PKM. 
Apabila konsep serta rancangan kemajuan kampung, yang diperkenalkan kerajaan dengan Buku Hijau, FELDA menjadi projek terpenting di dalamnya.
Peneroka FELDA dipilih terutama dari kalangan petani yang tidak mempunyai tanah sama sekali. Namun dipilih juga mereka yang memiliki tanah kurang dari dua ekar. Tanah pertanian seluas ini dianggap tidak ekonomik dan tidakboleh menjamin kehidupan.
Selepas kelulusan akta tahun 1960 itu, cara pengurusan rancangan FELDA berubah. Kebanyakan kerja, seperti menebang, menebas, menyediakan benih dan menanam dikelolakan oleh Lembaga FELDA. Kerja-kerja ini biasanya dilaksanakan secara kontrak. Segala bayaran yang dikenakan bagi semua kerja ini dianggap sebagai hutang peneroka. Cara peneroka membayar hutang ialah dengan pihak Lembaga memotong sebahagian pendapatan dari jualan hasilyang dikeluarkan. Semua hutang, yang berjumlah sekitar RM25,000, dengan bunga agak tinggi, iaitu 6.25%, harus dibayar dalam tempoh 15 tahun. Inilah kali pertama para petani dibebankan dengan jumlah hutang sebegitubesar. Selalunya jumlah pendapatan yang boleh dibawa balik oleh peneroka bergantung kepada harga pasaran hasil pengeluaran mereka.

Harga getah dan kelapa sawit tidak stabil, sering turun naik mengikut pasaran dunia. Bagi peneroka getah dan kelapa sawit, jumlah ini agak besar juga manakala harga di pasaran dunia tinggi. Akan tetapi, apabila harganya meleset, ada yang tidak dapat membawa balik sesen pun. Bahkan kadang-kadang mereka terpaksa berhutang pula lagi untuk membeli barang-barang keperluan harian.
Ramai peneroka yang merasa mereka tidak terlepas dari belenggu kemiskinan dan bebanan hutang. Setiap bidang tanah FELDA diberi khusus untuk peneroka yang asal. Apabila peneroka  meninggal, tanahnya tidak boleh dibagi-bagikan kepada warisnya mengikut hukum faraid. Begitu juga semasa hidup peneroka tidak boleh melakukannya.


PENGERUSI FELDA


(MERANGKAP )             


 AHLI PARLIMEN JEMPOL                                         ADUN PALONG                              
 Tan Sri Hj Isa  Hj Abdul Samad                         YB Dato’ Lilah Hj Yassin

 FELDA PALONG 7

LATAR BELAKANG
            Felda Palong 7 dibangunkan pada tahun 1976/1977  mula penanaman pokok  getah pada 18 Mei 1977 dan siap sepenuhnya pada 31Disember 1977,  keluasan tanaman 2285.84  hektar dengan  tanaman getah. Mula mengeluarkan hasil  1 Mei 1985.



 Keluasan kawasan kampung  pula 242.19  hektar  menempatkan 25 Lot penempatan  sebanyak  558 buah rumah. Bilangan  peneroka  seramai 558 orang, mereka berasal dari  Negeri Sembilan 186 , Melaka 129, Johor 119, Perak  45, Selangor 52, Kedah 16, Kelantan 5, Pulau Pinang 4 dan Pahang  2 orang. Jumlah penduduk pada masa itu seramai 2845 orang ( 2515 Melayu dan 330 India).
  Mula menempatkan penduduk pada bulan Oktober 1981. Jumlah penduduk  sekarang anggaran   5061  orang.
Felda Palong 7 telah melalui proses penebangan semula  pada    7Januari  2007  dan  penanaman semula dengan  getah juga . 524 orang  peneroka menyerahkan pengurusan  ladang kepada  Felda manakala bakinya 34  orang menerusi  Risda.
            Felda Palong 7 terletak dalam Mukim Rompin Daerah Jempol bersebelahan dengan Felda Palong 8  dan Kampung Jeram Panjang. 50 kilometer dari Pekan Gemas dan 60  kilometer dari Bahau.

KEMUDAHAN ASAS RANCANGAN
1.      Tahun 1981 Penubuhan  Masjid Al -Alimin

2.      Tahun 1988 Jalan Kampung  Berturap

3.      Tahun 1989 Penubuhan Surau Al Hidayah

4.      Tahun 1989 Bekalan Air

5.      Tahun 1991 Bekalan Elektrik

6.      Tahun 1981 Penubuhan Balairaya

7.      Tahun 1995 Kemudahan Talian Telefon

8.      Tahun 1999 Perpustakaan Desa Felda Palong 7
KEMUDAHAN PENDIDIKAN DAN LAIN-LAIN

     1.  Tahun 1982  Sekolah Rendah
 
     2.  Tahun 1989 Tabika Kemas Gabungan Felda Palong 7 & 8

3.      Tahun 1990 Pusat Kesihatan Palong 7 & 8

4.      Tahun 1990 Sekolah Menengah Felda  Palong 7

5.      Tahun 1990  Rumah Guru

6.      Tahun 1999 Wisma Belia

7.      Tahun 1999 Dewan Orang Ramai

8.      Tahun 2002 Pusat Literasi

9.      Tahun 2003 Sekolah Agama Rakyat

10. Tahun 2007 Taska Permata Kemas

PERTUBUHAN PERSATUAN RANCANGAN

1. Tahun 1981  Jawatan Kuasa kemajuan Rancangan ( JKKR )

2. Tahun 1981  Gerakan Persatuan Wanita ( GPW )

3. Tahun  1991 Relawan Rakyat Malaysia ( RELA )

4. Tahun  2008 Persatuan Belia MBFM Felda Palong 7
RIADAH

  1. Taman permainan
  2. Padang Futsall





 

 


 
 
 

 

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan