Jumaat, 9 Ogos 2013


PERPUSTAKAAN DESA FELDA PALONG 7 JEMPOL

 
 

 
LATAR BELAKANG

Perpustakaan  ini  merupakan sebahagian  bangunan  Balairaya yang telah diubahsuai untuk dijadikan Perpustakaan Desa  Felda Palong 7 Oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan ( PPANS ).Diambilalih untuk  pengubahsuaian  pada  25 Ogos 1999   dan  memulakan perkhidmatan kepada orang ramai pada 18 Oktober 1999.
Perpustakaan Desa Felda Palong 7 terletak bersebelahan Pejabat JKKR Felda Palong 7, berhampiran dengan Tabika Kemas  Gabungan Felda Palong 7 & 8 serta  Pejabat Felda Palong 7.
Perpustakaan Desa Felda Palong 7  dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Tan Sri Hj Mohd  Isa bin Dato’ Hj. Abd Samad pada 16  November 1999 bersamaan 8 Syaaban 1420 H
Perpustakaan Desa Felda Palong7 menerima koleksi-koleksi buku secara berperingkat-peringkat dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS ) yang telah siap diproses label pengklasan/nombor perolehan untuk direkod dan disusun di rak-rak di perpustakaan mengikut pengklasan bagi memudahkan pengguna-pengguna mencari bahan maklumat yang disediakan. Perpustakaan Desa Felda Palong 7 juga menerima buku-buku sumbangan dari Perpustakaan Negara Malaysia
Pada tahun 2005 Perpustakaan Desa memberi perkhidmatan penggunaan komputer berinternet secara percuma melalui Program Projek Pemberian Sejagat ( Universel Service Provision ) USP FASA 111  di bawah Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi Multimedia. (Program ini telah tamat perkhidmatanya ) 
Pada Jun  2012  Perpustakaan Desa Felda Palong 7 menerima perkhidmatan  Jalur Lebar Kampung Tanpa Wayar ( KTW ) di bawah  Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia ( SKMM ).
 Pada 20 Jun 2013 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan menyediakan  kemudahan kepada pengguna di Perpustakaan Desa Felda Palong 7penggunaan streamyx secara percuma
          
 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan